Archive Page 2

Wacana Isu Semasa

WACANA4

PRK Penanti, Najib FOBIA takut KALAH!!!!!!! !

Izwan Abdul Halim & Bashir Ishak

ALOR SETAR, 20 April (Hrkh) – Perjalanan pilihan raya akan tetap mengikut prosedur seperti biasa sekiranya terdapat pihak-pihak berminat untuk bertanding, demikian pandangan Menteri Besar, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak ketika diminta pihak media mengulas kenyataan awal Barisan Nasional (BN) yang kemungkinan tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Penanti.

Ia akan ikut proses macam biasalah, kalau BN tidak berminat, siapa yang masuk bertanding dia akan bertanding. Mungkin KeADILan dengan Bebas, kalau BN tidak bertanding, akan bertanding di antara pihak yang berminatlah, ” ujarnya kepada pihak media selepas Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Kali Ketiga Penggal Pertama, di sini semalam.

Diminta mengulas pendirian Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak berhubung perkara itu, Ustaz Azizan berkata: “Mungkin dia (Najib) fobia agaknya takut dia kalah tak mahu lawan lagi.”

Ujarnya, kekuatan Parlimen Permatang Pauh juga terdapat di Dun Penanti dimana umum turut mengetahui akan kekuatan PAS dan KeADILan di Dun tersebut.

Ketika disoal berhubung kekerapan PRK kebelakangan ini, beliau menegaskan PRK yang disebabkan kematian adalah kerja Malaikat Maut.

“Letak jawatan itu memanglah ada perkara-perkara yang jika dia duduk pun tidak ada manfaat lebih baik letak jawatan. Bagi peluang kepada rakyat putuskan kepada satu wakil rakyat yang lebih mampu.

“Mungkin orang letak jawatan itu, macam Arumugam dia tidak dapat beri khidmat kerana gangguan-gangguan kepadanya, maka biarlah didatangkan calon lain biar rakyat pilih semula calon mereka yang rakyat rasa dia boleh berkhidmat kepada masyarakat.

“Wakil rakyat ini dia perlu berkhidmat kepada masyarakat. Macam (Adun) Penanti ini mungkin dia rasa reputasi terjejas sebagai wakil rakyat dan sebagainya,” ujarnya ketika diasak pertanyaan berhubung PRK yang terpaksa diadakan berikutan wakil rakyat berkenaan meletakkan jawatan.

Jelas beliau, sepatutnya wakil rakyat dipandang tinggi dan hormat oleh anggota masyarakat kerana telah menghabiskan masa dan tenaga untuk masyarakat tetapi kini dipandang sebaliknya apabila wakil rakyat dikaitkan dengan simbol rasuah, menyeleweng dan seumpamanya. Tegasnya, perkara itu tidak adil kerana bukan semua wakil rakyat berkelakuan seperti itu.

“Kalaulah dia rasai dia tidak relevan lagi untuk mewakili rakyat yang memerlukan kepada satu reputasi baik, eloklah dia serahkan kepada rakyat untuk rakyat menilai siapa mereka punya wakil rakyat,” ujarnya melanjutkan penjelasan berhubung keputusan Adun Penanti tersebut.

Ustaz Azizan dalam menjawab pertanyaan pihak media turut menyangkal bahawa PRK sebagai satu pembaziran.

“Saya tidak nampak membuang wang rakyat, kerana PAS tidak belanja duit. Kita (PAS) bukan belanja berjuta-juta, hanya mungkin duit kita guna beli nasi, kopi, gulai, itu sahaja seperti makan di rumah.

“Yang buang wang banyak ni kalau belanja teruk sangat, saya tidak tahulah saya tidak pernah belanja banyak. Kita menang pun kita bukan ada duit. Biasanya belanja duit banyak kalah juga,” sindirnya. – mks. _

SPR TETAP PERKAKAS UMNO/BN

Kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyatakan mulai sekarang kehadiran para penyokong yang mengiringi calon pada hari penamaan calon dihadkan tidak melebihi 5,000 orang . Iaitu dalam usaha mengawal persekitaran luar kawalan pada hari penamaan calon, parti-parti politik yang bertanding ‘dilarang’ membawa penyokong mengiringi calon tidak lebih daripada 5,000 orang.

Sebelum ini Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) Tan Sri Abdul Aziz Yusof telah membuat keputusan tidak membenarkan parti-parti politik mendirikan pondok panas dan perayu undi dan mana-mana parti-parti politik yang melanggar larangan tersebut akan dikenakan denda RM5000 dan tidak dibenarkan bertanding selama 5 tahun sepertimana yang termaktub di dalam Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 .

Kesemua keputusan tersebut adalah berkuatkuasa dalam Pilihanraya Kecil DUN Penanti pada 23 hingga 31 Mei 2009 . Tindakan menguatkuasakan larangan pondok panas telah mendapat tentangan daripada Pakatan Rakyat dan menganggap tindakan SPR adalah keterlaluan . Sedangkan pada pilihanraya tahun 2004 , pihak SPR telah mengeluarkan arahan larangan yang sama tetapi telah menarik balik larangan tersebut di pagi hari pengundian apabila UMNO/BN mendiri dan menggunakan pondok panas . Sedangkan parti-parti pembangkang akur dengan keputusan larangan pondok panas oleh SPR sebelum ini.

Tindakan menghadkan para penyokong mengiringi calon pada Hari Penamaan Calon adalah satu tindakan yang jelas SPR bertindak sebagai ‘ Perkakas ‘ UMNO / BN . Akur dan patuh kepada UMNO / BN . Dalam beberapa Pilihanraya Kecil bermula daripada PRK Permatang Pauh dan seterusnya PRK Kuala Terengganu , PRK Bukit Gantang dan PRK Bukit Selambau memperlihatkan jumlah kehadiran para penyokong Pakatan Rakyat yang melebihi 5 kali ganda daripada para penyokong UMNO / BN !

Kenyataan Timbalan Pengerusi SPR ,Wan Ahmad yang mengakui bilangan penyokong yang hadir semakin bertambah dan tidak terkawal sehingga menyusahkan orang ramai dan pasukan keselamatan sejak kebelakangan ini.adalah tidak benar . “Kalau tidak dibuat sekarang, jumlah mereka yang hadir pada hari penamaan calon akan bertambah… mungkin beribu-ribu orang dan ia akan terus bertambah,” kata beliau dengan merujuk kepada suasana semasa pilihan raya kecil sejak awal 2007, khususnya di Ijok, Selangor; Permatang Pauh, Pulau Pinang, Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah.Suasana kekecohan di hari penamaan PRK Ijok adalah kesilapan SPR yang meletakkan lokasi perhimpunan kedua-dua parti politik terlalu dekat dan ianya adalah dimulakan oleh tindakan tidak bermoral serta provokasi para penyokong UMNO / BN yang tidak berdisiplin . Malah insiden di Permatang Pauh yang melibatkan tindakan menyerang pemberita dan juru gambar media adalah disebabkan tindakan keterlauan yang dibuat oleh mereka yang memprovokasi para penyokong Pakatan Rakyat .

Keputusan SPR adalah muktamad ! Muktamad untuk terus menjadi perkakas UMNO/BN? Alasan yang diberikan tidak kukuh dan berat sebelah . Kenapa harus menghalang dan menghadkan para penyokong untuk mengiringi calon pilihan parti mereka? Adakah kerana kemerosotan kehadiran para penyokong UMNO/BN membuatkan tindakan SPR membuat keputusan tersebut?

Bagaimana pula dengan daftar pemilih yang sehingga sekarang tidak diambil tindakan oleh SPR secara serius dan muktamad untuk diBERSIHkan? Kenapa SPR terus “membutakan mata dan memekakkan telinga” apabila suara-suara dan tuntutan supaya SPR memBERSIHkan daftar pemilih? Setiap kali pilihanraya tidak pekakah SPR apabila isu pengundi hantu dan pengundi ragu masih berkumandang? Segala bukti kukuh telah di utarakan kepada SPR , tetapi masih berdolak-dalih dan mencipta pelbagai helah dan alasan malah senada dan selagu dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin UMNO / BN .

Satu suruhanjaya perlu diwujudkan dengan segera untuk menyiasat dan membaikpulihkan Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) ini supaya mendapat keyakinan rakyat sebagai badan bebas , adil , telus dan profesioanal. SPR WAJIB dibebaskan daripada telunjuk UMNO / BN dan menyerahkan SPR berada di bawah kuasa Parlimen.

Pelancaran Biro Pilihanraya AMK oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Laman web blog Biro Pilihanraya Angkatan Muda Keadilan Malaysia bertempat di Yayasan Aman , Penanti , Pulau Pinang , 2 Mei 2009 , jam 11 malam sempena Pentas Pemuda anjuran AMK Permatang Pauh .

Selamat dilancarkan!.

PRK PENANTI: APA LAGI MUSLIHAT SPR?

Suruhanjaya Pilihanraya telah mengumumkan bahawa DUN Penanti akan diadakan Pilihanraya Kecil ekoran perletakan jawatan Sdr. Fairus Khairudin , Bekas Timbalan Ketua Pulau Pinang 1 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti . Baru-baru ini kita berdepan dengan isu pelibatan Fairus yang ditahan oleh SPRM kerana terlibat dengan rasuah . Akhirnya SPRM telah memutuskan Fairus didapati tidak bersalah . Apa pun terima kasih atas segala jasa dan komitmen Fairus yang sanggup meletakkan jawatan kerana mempertahankan parti dan perjuangan serta tetap terus bersama parti dan Ketua Umum YB Datuk Seri Anwar Ibrahim . Malah membanggakan sanggup untuk bersama dalam kempen PRK Penanti .

Pengumuman PRK Penanti telah dibuat oleh SPR dan menetapkan Hari Penamaan Calon ialah 23 Mei 2009 ( Sabtu ) dan manakala Hari Mengundi ialah 31 Mei 2009 ( Ahad ) . Kalau sebelum ini , SPR sengaja menetapkan tarikh mengundi pada hari bekerja ! Muslihat apa pula ini ?

Di Bukit Selambau , SPR menafikan adanya Pengundi Hantu atau Ragu . Walaupun kita berjaya mengesan sejumlah 3029 orang pengundi yang berstatus sedemikian . Malah di Taman Bandar Baru yang terletak dalam Daerah Mengundi ( DM ) Taman Bandar Baru sejumlah 2215 dikesan Pengundi Hantu atau Ragu iaitu 64% daripada keseluruhan pengundi berdaftar sejumlah 3544 orang . Terdapat 79 buah lokasi rumah yang dipergunakan alamat untuk mendaftarkan pengundi-pengundi ini . Terdapat 60 – 26 orang pengundi dalam satu-satu alamat. Malah kita kemukakan bukti kukuh , berasas dan laporan polis dibuat oleh tuan rumah serta AMK. AMK juga menghantar memorandum kepada SPR dan meminta SPR membersihkan Daftar Mengundi. Malangnya jawapan daripada SPR ialah dakwaan AMK adalah tidak benar !

Kali ini di Penanti apa lagi tindakan dan muslihat SPR ? Di Batang Ai , terdapat 14 buah peti undi yang terpaksa dibawa dengan menggunakan helikopter dan pembilangan undi dibuat secara berkelompok. Menghairan kesemua peti-peti undi yang dibawa melalui helikopter Parti Keadilan Rakyat kalah teruk ! Sedangkan banyak peti undi yang lain yang membuat pengiraan di tempat mengundi dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat . Akhirnya kita kalah di Batang Ai.

Perhimpunan BERSIH pada 10 November 2007 yang melibatkan puluhan ribu rakyat turun ke jalanraya adalah satu tindakan bersungguh-sungguh rakyat agar berlaku satu REFORMASI dalam SPR dengan menuntut 4 tuntutan antaranya ialah Pembersihan daftar pemilih daripada nama-nama yang tidak sayugia wujud. Ia termasuk apa yang disifatkan sebagai ‘pengundi hantu’, pemilih yang telah mati dan seumpamanya. Ia bagi mengelakkan sebarang kecenderungan penyalahgunaan nama terbabit atau penipuan oleh mana-mana pihak yang bertanding seharusnya menjadi perhatian kepada pihak SPR .

Sampai bila SPR mahu terus bersandiwara dan menjadi ‘orang suruhan BN’ ? Kita memerlukan SPR yang benar-benar BERSIH , telus , adil dan profesional .

http://farizmusa.blogspot.com/


Pengarah Pilihanraya AMK Malaysia

AKTIVITI

Sabtu 02/05/09: Pelancaran Jentera Pilihanraya Angkatan Muda KeAdilan Malaysia di Penanti.
May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031